Friday, October 31, 2008

rehat sekejap

khasiat alam

Daun Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-

  • Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing
  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

(sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58671.htm)

aktiviti

projek keceriaan makmal

Projek keceriaan makmal telah bermula sejak februari 2008. Pelbagai aktiviti keceriaan dijalankan seperti membuat mural di luar dinding makmal, membeli alatan bahan bantu mengajar, 'wording' persamaan kimia dan formula sains di dalam makmal, menyusun alatan dan radas makmal dan sebagainya. Guru-guru Sains, pembantu makmal dan AJK yang terdiri daripda pelajar tingkatan 2 dan 4 banyak memberi bantuan dalam menjayakan projek ini. Setakat hari ini, hampir 80% projek ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

berita hari ini

Pada 13-17 Oktober 2008 yang lalu, pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan PMR. Kertas Sains adalah pada 14 Oktober iaitu hari Selasa. Memang tidak dapat digambarkan perasaan berdebar-debar dan gementar dalam hati saya. rasa berdebar kerana risau pelajar tidak dapat menjawab dengan baik. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian, pelajar dapat menjawab kertas 1 dengan baik, tetapi apa yang merisaukan tentang kertas 2. Perubahan format dan pemarkahan sedikit sebanyak menggusarkan pelajar kerika menjawab kertas tersebut.Bagi panitia Sains, saya mendoakan dan mengharapkan semoga impian untuk memperolehi 100% A dalam subjek ini akan tercapai...Insya-Allah